JSU

Pembinaan Jadual Spesifikasi Ujian (JSU) Pendidikan Islam

 

Definisi dan Konsep

 

1)Kandungan ujian tentang topik2 pelajaran.
2)Aras kemahiran yang mengikut Taksanomi objektif Pendidikan.
3)Pemberatan (%) pada kandungan aras kemahiran berdasarkan lama masa mengajar dan kepentingan sesuatu kemahiran itu diajar.
4)Bentuk ujian sama ada berbentuk objektif, esei, amali,kertas kursus dan lain-lain.
5)Bilangan item yang mengikut bentuk, kandungan dan aras kemahiran.

6)Kepayahan dan kesukaran item yang berada dalam lingkungan 20% - 80%.


Kepentingan JSU

Komponen JSU

Komponen Jadual Spesifikasi Ujian (JSU)



Komponen yang perlu ada dlm JSU ialah aras kemahiran, tajuk, jumlah item dan wajaran.
Tajuk – tajuk yang dimasukkan di dalam JSU merangkumi tajk- tajuk dan bidang yang terdapat dalam Dskp.
Jumlah item bagi setiap bidang pula perlu dibahagi mengikut wajaran yang telah ditetapkan.
Wajaran yang ditetapkan adalah 100%.
Jumlah items bagi setiap bidang ditentukan berdasarkan jumlah masa yang diperuntukkan bagi tajuk tersebut dalam pdpc.
Contohnya: topik yang mempunyai peruntukan masa yang lebih memerlukan item yang lebih banyak.
Aras kemahiran bagi setiap item adalah berdasarkan Model Taksonomi Blooms iaitu mengingat, memahami, mengaplikasi,menganalisis, menilai dan mencipta.

Langkah Penyediaan JSU

     
 Terdapat 7 langkah dalam penyediaan Jadual Spesifikasi Ujian (JSU). 



  1. Senarai tajuk yang hendak diuji mestilah berpandukan Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP)
  2. Peruntukan markah
  3. Tentukan aras kemahiran berdasarkan Taksonomi Bloom
  4. Tentukan aras kesukaran berdasarkan jenis ujian
  5. Tentukan jenis ujian
    • Ujian objektif
    • Ujian subjektif
  6. Kira jumlah item setiap topik
  7. Lengkapkan JSU